Vivian temu Jokowi bincang ekonomi hijau, isu Myanmar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vivian temu Jokowi bincang ekonomi hijau, isu Myanmar

Mar 26, 2021 | 10:56 PM

Vivian temu Jokowi bincang ekonomi hijau, isu Myanmar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Dr Vivian Balakrishnan (kanan) bertemu Encik Joko Widodo di Jakarta, Indonesia, pada 26 Mac. - Foto BIRO PERS SEKRETARIAT PRESIDEN
Dr Vivian Balakrishnan (kanan) bertemu Encik Joko Widodo di Jakarta, Indonesia, pada 26 Mac. - Foto BIRO PERS SEKRETARIAT PRESIDEN -

JAKARTA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo pada Jumaat (26 Mac) untuk membincangkan situasi di Myanmar serta berkaitan ekonomi.

Pertemuan itu sebahagian lawatan dua hari Dr Balakrishnan untuk memperkukuh hubungan antara Indonesia dan Singapura sedang kedua-dua negara berusaha mengatasi pandemik Covid-19.

Dr Balakrishnan telah bertemu Encik Widodo di Istana Presiden pada tengah hari dan mereka telah mengadakan "perbincangan yang bersemangat" tentang ekonomi hijau, lapor The Straits Times.

"Presiden bersemangat tentang ekonomi hijau dan peluang yang ditawarkannya kepada Indonesia dari segi akses negara itu kepada tenaga air, angin, panas bumi, panel solar dan bagaimana ekonomi tenaga yang boleh diperbaharui telah berubah dalam lima, 10 tahun kebelakangan," kata beliau.

Dr Balakrishnan tidak memberi penjelasan mengenai perbincangannya dengan Encik Widodo berkenaan Myanmar.

Namun, beliau berkata beliau telah membincangkan masalah Myanmar "dengan cukup mendalam" dengan rakan sejawatannya dari Indonesia, Cik Retno Marsudi.

"Ia bukan topik yang menggembirakan. Apa yang sedang berlaku ialah satu tragedi," kata beliau, sambil menambah masalah tersebut "akan mengambil sedikit masa untuk dileraikan".

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg