Topik diikuti
Pergi ke BHkuWabak belum terkawal, dua lagi maut
Jun 11, 2015 | 5:30 AM
Wabak belum terkawal, dua lagi maut
SEOUL: Korea Selatan semalam melaporkan dua lagi kematian akibat Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers), menjadikan keseluruhan sembilan kematian akibat wabak itu.
Sebanyak 13 kes baharu turut disahkan, menjadikan keseluruhan 108 kes sejak yang pertama pada 20 Mei lalu.