Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LAWATAN AMTAS KE TANAH SUCI

Wabak Covid-19 jejas teruk niaga di Madinah, banyak kedai terpaksa ditutup

Pusat beli-belah Taiba sunyi, peniaga harap jemaah dapat kembali
Oct 25, 2021 | 05:30 AM



SEBELUM pandemik melanda serata dunia hingga menjejas teruk dunia pelancongan dan industri haji dan umrah, kedai-kedai di aras bawah tanah sebuah pusat beli-belah terkemuka dekat gerbang masuk premis Masjid Nabawi di Madinah dipenuhi ribuan jemaah yang sibuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang.



Suasananya pada ketika itu, menurut para jemaah dan pengendali kedai runcit yang ditemui Berita Harian (BH) semalam memang amat riuh sekali hinggakan pengendali kedai perlu meminta pelanggan untuk menunggu giliran mereka di luar kedai sebelum memberi layanan.



Namun sekarang, suasana di Pusat Beli-Belah dan Komersial Taiba, kini sunyi sepi sahaja, dengan 80 peratus daripada sekitar 3,000 kedai di situ, sudah ditutup.



Dengan itu jemaah boleh menjangkakan sekitaran perniagaan dan kegiatan beli-belah yang lebih sepi berbanding tahun-tahun dahulu.



Menurut Encik Mohamed Salim, pemilik kedai Al-Haraman Gifts Corner, perniagaannya telah menjunam dengan ketara dalam tempoh pandemik ini yang telah memaksa kebanyakan negara menutup sempadan mereka, termasuk menghalang perjalanan haj dan umrah kecuali baru-baru ini.



"Saya sudah cukup lah berniaga, tak tahu macam mana lagi. Hanya cuma harap lagi ramai jemaah datang sini," kata peniaga berpengalaman 21 tahun itu yang asalnya dari Bangladesh.



Kadar penjualan kedai itu yang menjual beraneka produk seperti minyak wangi, tasbih, sejadah, jam tangan dan lain-lain lagi, menurut Encik Mohamed telah menjunam daripada sekitar $7,180 (SAR 20,000) sehari kepada $179 (SAR 500).



Beliau pun terpaksa menutup kedainya beberapa bulan memandangkan sewa kedai sepertinya itu mencatatkan harga sekitar $1,078 (SAR 3,000) sebulan.



"Tapi sekarang sudah baik sikit lah," kata bapa tiga anak itu yang fasih berbahasa Indonesia merujuk kepada usaha pembukaan semula Kerajaan Arab Saudi bagi jemaah asing yang sudah divaksinasi sepenuhya.



Encik Mohamad Abdul Rashid, 30 tahun, yang mengendali sebuah kedai menjual abaya dan jubah wanita pula berkata, kadar penjualannya sudah mula pulih sekitar 50 peratus sekarang.



"Sejak ada Haji tiga bulan lalu, kita lihat ada kenaikan sikit lah. Tapi sebelum itu kita hanya bergantung pada pelawat yang datang ke sini yang singgah dari Makkah dan Riyadh. Untung saya masih sikit-sikit," tambahnya.



Cik Siti Maizurah Mohd Sulhan, antara pengarah sebuah syarikat ejen penyedia pakej umrah dan haj (GSA) yang berkunjung ke pusat beli-belah itu selepas melakukan ziarah Rasulullah di makamnya di Masjid Nabawi terkejut melihat tingkat demi tingkat pusat beli-belah itu hampir tiada penyewa lagi.



"Dulu dekat sini ada ratusan kedai, tapi sekarang ada satu dua sahaja," katanya.



Pandemik Covid-19 rata-rata telah menjejas teruk sekitaran perniagaan di Madinah.



Kawasan di sekeliling Masjid Nabawi yang dahulu menawarkan pelbagai tempat makan dan kedai-kedai runcit kelihatan sudah tidak beroperasi lagi.



Beberapa hotel dan pusat beli-belah di kawasan berkenaan turut sudah ditutup sepenuhnya ekoran pandemik ini, kata para pengarah GSA dalam pasukan pembelajaran Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas).



Pasukan itu sedang menjalankan lawatan ke Kerajaan Arab Saudi, untuk meninjau protokol kesihatan dan keselamatan Covid-19 di kota suci Madinah dan Makkah dan kemudian menyediakan protokol umrah selamat yang tertentu bagi jemaah umrah Singapura kelak.



Mereka telah selamat tiba ke Arab Saudi menerusi Jeddah genap pada 6.01 petang waktu di sana, atau 11 malam di Singapura, dan kemudian telah sampai ke Madinah pada sekitar 1 pagi waktu di sana.



Hanya 14 daripada 16 anggota pasukan pembelajaran itu telah menyertai lawatan tersebut kerana dua pengarah syarikat GSA tergendala selepas menerima keputusan positif ujian Rantaian Reaksi Polimerase yang dijalankan sebelum berangkat.



Jurucakap pasukan Amtas itu, Ustazah Juyda Noor Mohamad berkata, kejadian seperti itu memang sudah dijangkakan sedang kes Covid-19 bertambah di Singapura, malah ia turut membolehkan mereka menyediakan atur cara tertentu bagi para jemaah yang dikesan positif sebelum menunaikan umrah mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >