Topik diikuti
Pergi ke BHkuWabak Mers jejas teruk industri pelancongan Korea

Jul 22, 2015 | 5:30 AM
Wabak Mers jejas teruk industri pelancongan Korea
SEOUL: Penularan wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) di Korea Selatan baru-baru ini menyebabkan industri pelancongan di negara itu dalam keadaan tenat, dengan bilangan pengunjung menjunam lebih 40 peratus bulan lalu, menurut perangkaan yang dikeluarkan semalam.
Sedang Korea Selatan berusaha membentangkan kempen promosi bagi menarik balik pelancong, pegawai Korea Selatan memberi amaran bahawa negara itu boleh hilang pendapatan yang mencecah AS$10 bilion ($13.7 bilion).