Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wabak selesema burung H5 kini dilapor di England, Poland

Virus telah merebak ke beberapa negara Eropah sejak beberapa minggu lalu
Nov 10, 2021 | 05:30 AM



LONDON/PARIS: Satu wabak selesema burung jenis H5 yang sangat patogenik, atau boleh menyebabkan penyakit, telah dilaporkan di satu unit ayam kecil di tengah England, demikian disahkan kementerian ladang negara itu kelmarin.



Semua burung di premis yang dijangkiti itu, berhampiran kawasan Alcester di Warwickshire, terpaksa dihapuskan.



Wabak itu berlaku kurang seminggu selepas Britain mengisytiharkan Zon Pencegahan Selesema Burung di seluruh negara, mengarahkan ladang dan pemelihara burung untuk memperketat langkah biosekuriti.



Virus jenis H5N1 itu sebelumnya telah disahkan di beberapa kawasan - satu ladang kecil ayam di utara Wales; satu kumpulan burung kurungan di timur Scotland; dan di pusat penyelamat burung di kawasan tengah England.



Penularan virus itu telah merebak ke seluruh Eropah sejak beberapa minggu lalu dengan wabak berlaku di beberapa negara termasuk Perancis, Jerman, Italy, Belanda dan Denmark.



Poland juga telah melaporkan beberapa wabak di ladang ayam yang berjumlah hampir 650,000 ekor, kata Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) kelmarin.



Lima wabak - empat di ladang penggemukan ayam belanda dan satu di ladang ayam - ditemui di bahagian timur Poland manakala satu lagi ditemui di ladang ayam belanda dan angsa di bahagian barat negara itu, kata OIE, memetik laporan daripada pihak berkuasa Poland.



Perancis juga menghadapi peningkatan risiko berkaitan selesema burung, kata kementerian pertanian negara itu dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu, sedang virus yang mengancam ayam itu dilaporkan menular dengan cepat di seluruh Eropah.



"Sejak awal Ogos, 130 kes atau kelompok selesema burung telah dikesan", kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa langkah pencegahan kini dipertingkatkan.



Di Belanda pula, negara itu melaporkan satu wabak baru H5 dalam kalangan itik di satu ladang haiwan itu di wilayah tengah Flevoland.



Untuk mengehadkan penularan penyakit itu, kira-kira 10,000 haiwan dimusnahkan di ladang tersebut, kata kementerian pertanian Belanda.



Ladang komersial di seluruh Belanda baru-baru ini diarah menyimpan semua ayam itik di kawasan dalaman selepas wabak selesema burung dilaporkan di ladang lain di rantau itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >