KUALA LUMPUR: Restoran dan gerai mamak 24 jam yang terkenal di Malaysia mungkin tiada lagi pada masa akan datang.
Cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan untuk mengetatkan kawalan ke atas kedai makan yang dibuka sehingga lewat malam, dengan tujuan membendung gejala sosial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata cadangan untuk mengehadkan waktu operasi hingga tengah malam turut disertakan dengan aduan bahawa premis-premis seperti itu menjadi punca peningkatan gejala sosial di seluruh negara.
"Satu nota dan kertas cadangan akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Majlis Sosial Negara," katanya kepada pemberita.
"Ia bukan satu larangan menyeluruh ke atas semua restoran atau tempat makan tetapi hanya melibatkan kawasan tertentu seperti kawasan perumahan dan kawasan luar bandar." - The Star