Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Walau dilanda cuaca panas M'sia masih jadi tarikan pelancong

May 04, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Malaysia masih menjadi tarikan utama kepada para pelancong asing, terutama dari negara Asean walaupun ketika ini Malaysia dilanda cuaca panas dan pada masa yang sama masih mampu menawarkan tempat yang lebih sejuk untuk dikunjungi.



Presiden Persatuan Pemandu Pelancong Malaysia, Encik Jimmy Leong, berkata ramai pelancong asing dari Indonesia, Vietnam dan Singapura datang ke Malaysia untuk bercuti walaupun cuaca panas.



"Pelancong China juga kembali ke Malaysia, yang menjadi petanda baik yang boleh merangsang pertumbuhan industri pelancongan tempatan kita.



"Memandangkan pelancong ini datang dari wilayah yang sama, mereka boleh menyesuaikan diri dengan cuaca panas yang kita alami sekarang.



"Pelancong asing boleh pergi ke tempat yang lebih sejuk seperti Genting Highlands, Fraser's Hill atau Cameron Highlands," katanya.



Bagaimanapun, Encik Leong memberi amaran bahawa jika cuaca panas yang melampau berterusan, ia boleh memberi kesan kepada industri pelancongan dan para pemainnya, terutamanya pemandu pelancong.



Encik Leong, yang juga presiden Persatuan Pemandu Pelancong Johor (JTGA), berkata gelombang haba panas akan menyukarkan pemandu pelancong untuk menganjurkan lawatan berpandu seperti berjalan kaki di bandar-bandar warisan di Malaysia kerana pelancong yang datang dari iklim sejuk lebih suka untuk tinggal dalam rumah jika cuaca terlampau panas.



"Saya baru pulang dari Pulau Pinang selepas empat hari di sana dan cuaca di sana sangat panas.



"Jika gelombang haba berterusan, ia boleh menyebabkan kesan negatif kepada industri pelancongan kita," tambahnya.



Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran, beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum sehingga 35 dan 37 darjah Celsius, bagaimanapun keadaan itu dijangka akan reda dalam beberapa hari lagi. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >