Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wan Azizah dijangka calon PKR tanding bagi kerusi Bandar Tun Razak

Oct 27, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar atas), akan bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan undi Bandar Tun Razak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 ini, menurut satu sumber parti itu.



Akhbar berbahasa Inggeris, Malay Mail, memetik laporan Malaysiakini yang melaporkan dengan memetik seorang "pemimpin pusat" parti itu yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa PKR telah membuat keputusan untuk mengekalkan kawasan undi Bandar Tun Razak dengan dua orang Anggota Parlimen (AP) sebelumnya telah meninggalkan PKR.



Dr Wan Azizah kini penyandang kerusi di Pandan.



Selain selaku mantan timbalan perdana menteri (DPM), beliau juga sebelum ini adalah pengerusi Pakatan Harapan dan presiden PKR sebelum memberi laluan kepada suami beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"PKR telah memenangi kerusi Bandar Tun Razak sejak 2008, tetapi dua bekas AP sebelumnya telah keluar parti.



"Kami akui keyakinan para pengundi terhadap PKR (di kawasan undi ini) tidak stabil, maka itulah kami memerlukan seorang pemimpin kanan untuk bertanding dan mempertahankan kerusi di kawasan undi ini," menurut sumber itu.



Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memenangi kerusi di kawasan undi Bandar Tun Razak selaku anggota PKR dalam kedua-kedua PRU pada 2008 dan 2013.



Beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada 2009.



Bagaimanapun, PKR telah memecat beliau pada 2014 setelah enggan memberi laluan kepada Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar.



Dalam PRU 2018, PKR sekali lagi memenangi kerusi kawasan undi itu dengan Datuk Kamarudin Jaffar, yang kemudian keluar parti selepas satu gerakan yang dinamakan sebagai Gerakan Sheraton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >