Topik diikuti
Pergi ke BHku'Wan Jah' dijel 30 bulan kerana sokong IS di Facebook

MENGAKU SALAH ATAS DUA PERTUDUHAN: Azizah Md.Yusof, dipenjara 30 bulan. - Foto BHM
Oct 24, 2015 | 5:30 AM
'Wan Jah' dijel 30 bulan kerana sokong IS di Facebook
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap seorang ibu tunggal atas dua tuduhan memberi sokongan terhadap pengganasan militan Negara Islam (IS) melalui laman sosial Facebook, tahun lalu.
Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap Azizah Md Yusof, 56 tahun, selepas dia mengaku salah atas kedua-dua pertuduhan.