Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wan Rosdy angkat sumpah Menteri Besar Pahang

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



PEKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada 14 Oktober lalu.



Pelantikan Datuk Wan Rosdy, 64 tahun, disempurnakan semasa Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, semalam.



Istiadat pengurniaan itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.



Pelantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang itu dipersetujui BN dan Pakatan Harapan (PH) yang bergabung membentuk kerajaan negeri.



Pada PRU15 yang baru berlalu, BN memperoleh 16 kerusi daripada 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang dan PH memperoleh lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 17 kerusi.



Dilahirkan pada 1 Oktober 1958, sebelum menjadi seorang ahli politik sepenuh masa dan bertanding di Dun Jelai, Wan Rosdy merupakan Pegawai Kanan agensi milik kerajaan negeri yang berurusan dengan pengeluaran dan pemasaran makanan ruji rakyat Malaysia, PadiBeras Nasional (Bernas).



Beliau yang menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan Kepujian (Kelas 2 Atas) Pengkhususan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Diploma Pengajian Perdagangan, Institut Teknologi Mara mula dipilih menjadi Adun Jelai pada 2004.



Wan Rosdy kemudian dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif Pahang selama dua penggal iaitu pada 2008-2013 dan 2013-2018.



Pada 15 Mei 2018, Datuk Wan Rosdy dilantik sebagai Menteri Besar Pahang selepas BN memenangi PRU14 dengan menguasai 25 kerusi. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >