Premium
Wang tunai dalam 30 beg bernilai sekitar $40 juta
May 25, 2018 | 5:30 AM
DALAM JAGAAN PIHAK BERKUASA: Polis memindahkan beg-beg berisi wang tunai yang dianggarkan bernilai sekitar $40 juta ke Bank Negara Malaysia. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR -
PETALING JAYA (Selangor): Sekitar RM120 juta ($40 juta) ditemui selepas pasukan penyiasat selesai mengira wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dirampas dari Pavilion Residences pada minggu lalu, lapor laman berita mStar semalam.
Sumber berkata, pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman selesai melakukan pengiraan wang tersebut di ibu pejabat di Menara 238, Jalan Tun Razak kelmarin.

