Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Dunia0

Wang tunai sekitar $40.5 juta dirampas dari Pavilion Residences

May 23, 2018 | 08:21 PM

PETALING JAYA: Jumlah keseluruhan wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dirampas dari Pavilion Residences, Bukit Bintang, minggu lalu dianggarkan berjumlah sekitar RM120 juta ($40.5 juta).

Menurut sumber, pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman telah selesai mengira wang yang dirampas itu di ibu pejabat mereka hari ini (23 Mei).

“Proses mengira wang tunai itu bermula kelmarin, dengan pegawai menghabiskan banyak masa untuk memastikan proses itu berjalan dengan teliti.

“Sekitar 30 beg wang tunai dikira oleh pegawai polis dengan bantuan pegawai Bank Negara,” kata sumber tersebut.

Beg yang mengandungi wang tunai itu adalah antara 284 kotak yang dipenuhi dengan beg tangan mewah, jam tangan, barang kemas dan wang dalam pelbagai mata wang dari tiga kondominium mewah di sini.

Nilainya tidak dapat dianggarkan kerana jumlahnya yang banyak.

Serbuan tersebut merupakan sebahagian daripada siasatan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jumaat lalu, pihak polis merampas barangan berharga dan wang tunai selepas menjalankan pemeriksaan di enam lokasi yang berkaitan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuk Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasminya serta tempat lain.

Menurut satu laporan polis, Datuk Seri Najib mendakwa wang tunai yang dirampas dari Pavilion Residences merupakan sumbangan derma daripada rakannya dan bertujuan digunakan bagi kempen pilihan raya Barisan Nasional.

Sumber lain juga dilaporkan berkata proses mengira wang itu memakan masa agak lama kerana ia melibatkan pelbagai jenis mata wang dan nombor bersiri setiap wang kertas yang dirampas perlu dirakamkan. - The Star

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian