Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita dituduh sebabkan kematian 8 remaja berbasikal

Mar 28, 2017 | 11:17 AM



JOHOR BAHRU: Pemandu wanita berusia 22 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dalam kejadian pada 18 Februari lalu.



Pemandu wanita itu didakwa mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.



Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda maksimum RM20,000 ($6,314) dan hilang kelayakan memegang lesen memandu sehingga tiga tahun bagi sabitan pertama, manakala 10 tahun bagi sabitan kedua serta seterusnya.



Sam Ke Ting, 22 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.



Tertuduh dihadapkan ke mahkamah selepas kertas siasatan berhubung kemalangan berkenaan disiapkan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.



Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi pada 18 Februari lalu, lapan remaja maut, manakala lapan lagi cedera apabila basikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta Nissan Almera.



Ketika kejadian, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal berada di tepi jalan berkenaan sebelum dirempuh pemandu kereta terbabit. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >