Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita hadapi hukuman mati bunuh wanita hamil, culik bayi dalam kandungan

Dec 18, 2020 | 05:30 AM



CHICAGO: Amerika Syarikat sedang membuat persiapan untuk menghukum mati pembunuh seorang wanita mengandung kerana ingin menculik bayi dalam kandungannya, hampir 20 tahun selepas insiden itu.



Pada 2004, Lisa Montgomery mencekik wanita tersebut hingga mati sebelum mengelar perutnya dengan pisau dan mengeluarkan bayi perempuan itu.



Jenayah itu masih diteliti oleh pakar yang mahu memahami mengapa jenayah sedemikian berlaku dan cara mencegahnya.



Montgomery dijangka menjalani hukuman mati melalui suntikan beracun di penjara Federal di Terre Haute, Indiana, pada 12 Januari depan, selepas ditangguh dari tarikh asal bulan ini.



Jika dilaksana, beliau menjadi wanita pertama dikenakan hukuman mati oleh pemerintah Amerika dalam 70 tahun.



Sementara itu, pakar penyelidik mengenai penculikan janin dan jenayah serupa sedang berlumba dengan masa untuk membuat penyelidikan menyeluruh.



"Ia adalah perbuatan amat zalim dan dirancang dengan teliti," kata Dr Ann Burgess, seorang profesor di Kolej Boston, yang mengkaji fenomena penculikan janin dan bayi dalam kandungan sejak 1990-an.



Dr John Rabun, seorang konsultan kanan di jabatan penculikan bayi di Pusat Nasional bagi Kanak-Kanak Hilang atau Dieksploitasi (NCMEC), berkata jenayah itu lebih ketara sejak 15 tahun hingga 20 tahun lalu.



Pertubuhan itu telah merakamkan 21 penculikan janin di Amerika sejak 1964, dengan 13 bayi terselamat. Sejumlah 18 daripada kes itu berlaku sejak 2004.



Pada tahun itu, Montgomery berusia 36 tahun dan merupakan ibu empat anak. Beberapa tahun sebelum itu dia menjalani pembedahan yang membuatnya tidak boleh hamil, tetapi orang yang rapat dengannya tidak mengetahui perkara itu.



Pendakwa berkata Montgomery mengenal pasti mangsanya dalam talian secara teliti - seorang pembiak anjing peliharaan bernama Bobbie Jo Stinnett.



Dia menyamar sebagai seorang yang berminat membeli anak anjing peliharaan dan pergi ke rumah Cik Stinnett lalu mencekik beliau hinggat mati sebelum mengeluarkan bayi itu dari rahimnya.



Selepas itu Montgomery meninggalkan Cik Stinnett terkujur kaku dalam keadaan berlumuran darah.



Montgomery melarikan diri ke negeri lain dan memberithu suaminya dia melahirkan bayi itu secara pramatang.



Pada 2007, Montgomery didapati bersalah bagi tuduhan menculik yang menyebabkan kematian dan dijatuhi hukuman mati, dengan Jabatan Keadilan Amerika menyifatkan jenayah itu sebagai zalim.



Peguam Montgomery tidak menyangkal fakta yang dibentang di mahkamah, tetapi memohon hukumannya diringankan kepada penjara seumur hidup.



Mereka berkata Montgomery juga seorang mangsa keganasan dan dirogol beberapa kali semasa berusia lebih muda. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >