Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Indonesia yang rancang jadi pengebom bunuh diri pernah kerja di Singapura

Dec 15, 2016 | 05:30 AM



JAKARTA: Seorang wanita yang merancang menjadi pengebom bunuh diri pernah bekerja di Singapura sebagai pembantu rumah sebelum ini.



Dian Yulia Novi, 27 tahun, ditahan dalam serbuan antikeganasan minggu lalu kerana merancang menyerang istana Presiden di ibu kota Indonesia itu.



Dalam temu bual dengan saluran berita TVOne, yang disiarkan kelmarin, Dian berkata kali pertama dia terdedah kepada Islam radikal melalui Facebook ketika bekerja sebagai pembantu rumah di luar negara.



"Di Facebook, saya membuka profil orang berjihad, yang telah memberi inspirasi kepada saya," katanya kepada wartawan kanan TVOne Ecep S. Yasa.



"Saya tidak menyertai mana-mana kumpulan, hanya melihat-lihat, tetapi menjadi lebih ingin tahu."



Dian ditemu ramah semasa dalam tahanan. Dia berkata dia mengumpul rencana dan klip rakaman ajaran agama di Internet.



Wanita itu, dari Cirebon, Jawa Barat, berkata dia telah bekerja di Singapura selama setahun setengah bersama keluarga yang mempunyai tiga kanak-kanak berusia lima tahun, sembilan tahun, dan 11 tahun. Media setempat berkata dia bekerja di Singapura pada 2014.



Dian berkata dia juga pernah bekerja sebagai pembantu rumah di Taiwan selama tiga tahun. Dia menyifatkan dirinya sebagai "aktif" di media sosial.



Semasa bekerja sebagai pembantu rumah, dia berkata dia memakai tudung tetapi tidak memakai niqab dan tidak pernah mengambil cuti sehari.



Dian merupakan antara dua wanita daripada sel sama yang ditahan polis ketika merancang mengebom bunuh diri di kompleks pejabat Presiden Joko Widodo.



Ketika ditanya dalam wawancara televisyen itu adakah dia tidak takut dimurkai Tuhan kerana membunuh ramai orang, dia berkata:



"Ini pengeboman bunuh diri bukan kerana saya berasa putus asa dan mahu menamatkan nyawa saya, tetapi untuk mendapatkan rahmat dari Tuhan dan mendapat keutamaan dalam jihad fisabilillah (perjuangan demi Tuhan)."



Dia diperkenal kepada suaminya Nur Solihin - salah seorang daripada tiga yang ditahan dalam serbuan Sabtu lalu - oleh seseorang di media sosial dan dia berkomunikasi dengan lelaki itu menerusi telegram.



Mereka berkahwin tiga bulan lalu. Dia tahu lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai anak.



Pasangan itu tidak pernah bertukar-tukar gambar atau bertemu antara satu sama lain. Malah, Dian tidak hadir pun bagi perkahwinannya, setakat menghantar wakil bagi akad nikahnya, katanya.



Dian ditahan Sabtu lalu, hanya beberapa minit selepas dua lelaki yang menghantar bom itu diserbu Densus 88 di Jakarta Timur. Lelaki keempat yang membuat bom daripada periuk nasi itu ditangkap kemudian di Karanganyar, Jawa Tengah. - The Straits Times.




"Di Facebook, saya membuka profil orang berjihad, yang telah memberi inspirasi kepada saya.

Saya tidak menyertai mana-mana kumpulan, hanya melihat-lihat, tetapi menjadi lebih ingin tahu."

- Dian Yulia Novi, bekas pembantu rumah di luar Indonesia yang merancang menjadi pengebom bunuh diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >