Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Jepun dipenjara 8 tahun sebab cuai hingga anaknya mati didera ayahnya

Sep 18, 2019 | 01:51 PM



NAGOYA - Seorang wanita Jepun telah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun pada Selasa (17 September) atas kecuaiannya sebagai ibu, berkaitan kes penderaan kanak-kanak yang berprofil tinggi di Jepun.



Kes penderaan terhadap budak perempuan, Yua Funato, oleh bapa kandungnya sendiri telah mendorong Jepun melakarkan undang-undang yang lebih berat jika sebuah kes melibatkan kanak-kanak, termasuk mengharamkan hukuman dera kanak-kanak.



Yuri Funato, 27 tahun, mengaku bersalah atas kesalahan tidak menghiraukan penderaan yang dilakukan oleh bekas suaminya, Yudai Funato, 34 tahun, terhadap anaknya Yua, lima tahun.



Penderaan terhadap Yua oleh Yudai bermula apabila Yuri melahirkan seorang anak lelaki pada November 2016.



Sementara pasangan itu memanjakan anak lelaki mereka, Yuri gagal untuk melaporkan kepada pihak berkuasa bahawa pada masa yang sama, suaminya terus mendera anak perempuan mereka.



Malah, setelah keluarga itu berpindah ke Tokyo, Yua sering dikunci di dalam rumah dan tidak diberi makan.



Pendakwa raya mendedahkan bahawa Yua telah kehilangan berat badan sebanyak 4kg dalam masa dua bulan, akibat diberi makan hanya beberapa suap sup dalam sehari.



Selepas menderita selama lebih setahun, Yua meninggal dunia pada Mac 2018, cuma 18 hari sebelum hari lahirnya yang keenam, akibat keracunan darah selepas mengalami radang paru-paru.



Apabila mayatnya ditemui, beliau didapati dalam keadaan sangat kurus dan telah dibiarkan dalam bilik tanpa pemanas dalam musim sejuk.



Berat badannya cuma 12.2kg, serupa berat badan kanak-kanak berumur dua tahun. 



Yuri sudah menceraikan Yudai.



Perbicaraan Yudai akan bermula pada 1 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >