BANDA ACEH: Seorang wanita tua Kristian dirotan di Aceh kerana menjual minuman keras - kali pertama orang bukan Islam dihukum di bawahnya undang-undang syariah di wilayah itu.
Wanita berusia 60 tahun itu disebat hampir 30 kali dengan rotan di hadapan ratusan orang pada Selasa (12 April), bersama satu pasangan yang dirotan 100 kali kerana berzina, kata seorang pegawai.
Walaupun undang-undang itu mulanya dikenakan ke atas Muslim sahaja, satu undang-undang kecil yang berkuatkuasa akhir tahun lalu membolehkan syariah dikenakan ke atas orang bukan Islam dalam keadaan tertentu, kata Encik Lili Suparli, seorang pegawai kanan di pejabat pendakwa Aceh Tengah.
"Ini kes pertama orang bukan Islam dihukum di bawah undang-undang jenayah Islam," katanya. - AFP