Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita kulit hitam, Muslim antara 11 calon hakim pilihan Biden

Apr 01, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Joe Biden memilih wanita berkulit hitam, individu 'berdarah' Asia dan beragama Islam daripada 11 individu yang dilantik sebagai hakim persekutuan bagi mewujudkan kepelbagaian dalam sistem kehakiman Amerika Syarikat.



"Pencalonan ini sebagai mewakili kepelbagaian latar belakang, pengalaman dan perspektif yang akan mengukuhkan lagi negara kita," katanya dalam kenyataan, semalam.



Encik Biden mencalonkan dua wanita keturunan Afrika bagi mengisi jawatan di mahkamah rayuan dan dua hakim keturunan Afrika untuk berkhidmat di mahkamah daerah persekutuan yang seorang daripadanya lelaki, dua berdarah Asia, dua berketurunan Hispanic dan dua lagi wanita berkulit putih.



Daripada 11 senarai hakim yang dipilih Encik Biden itu, hanya dua daripadanya adalah lelaki dan tiada seorang pun berkulit putih.



Hakim Ketanji Brown Jackson dari Mahkamah Rayuan Columbia yang berketurunan Afrika dan sering mengendalikan kes-kes besar, mengetuai senarai hakim bakal dilantik presiden Demokrat itu.



Jika diluluskan Senat, Cik Jackson, 50 tahun, dijangka menggantikan Peguam Negara, Encik Merrick Garland, atau dicalonkan menjadi Hakim Mahkamah Agung jika berlaku kekosongan jawatan itu.



Belum pernah wanita berkulit hitam dilantik menjadi hakim di sembilan mahkamah tinggi negara itu.



Mantan Ketua Pendakwa Raya Jabatan Keadilan, Encik Neal Katyal, menerusi Twitter berkata Cik Ketanji Jackson Brown adalah antara hakim terbaik di Amerika.



"Bijak dan berkebolehan. Beliau layak dan luar biasa apabila bersama-sama dalam mahkamah kedua tertinggi kita," katanya.



Encik Zahid Quraishi, 45 tahun, yang kini menjadi majistret di mahkamah New Jersey, bakal menjadi orang Islam pertama dilantik untuk berkhidmat sebagai hakim persekutuan daerah jika diluluskan Senat.



"Hakim Zahid bertugas untuk negara dengan cemerlang. Beliau bakal melakar sejarah menjadi orang Islam pertama dilantik sebagai hakim mahkamah persekutuan," kata Senator New Jersey, Encik Cory Booker.



Mengikut Perlembagaan Amerika, presiden berhak mencalonkan individu pilihannya untuk berkhidmat di Mahkamah Agung dan mahkamah persekutuan dengan Senat akan mengundi untuk mengesahkannya.



Pada November tahun lalu, Encik Biden telah melantik seorang wanita Muslim Jordan-Amerika, Cik Reema Dodin, yang berasal dari Palestin, sebagai Timbalan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Perundangan di Rumah Putih - menjadi wanita Arab-Amerika pertama yang menyandang jawatan itu.



Beliau kini berkhidmat sebagai timbalan ketua turus kepada Senator Dick Durbin.



Cik Reema sebelum ini bertugas sebagai pengarah penyelidikan Senator Durbin. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >