Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita lecur dek guna telefon bimbit di stesen minyak

Jun 29, 2016 | 02:26 PM



KUALA LUMPUR: Seorang wanita melecur di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api di sebuah stesen minyak di sini, Selasa.



Kejadian itu berlaku di stesen minyak di Setapak Indah di sini ketika mangsa berusia 25 tahun itu sedang mengisi minyak keretanya sambil menggunakan telefon bimbit.



"Akibatnya, berlaku percikan api daripada pam berkenaan hingga menyambar telefon bimbitnya," kata Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Encik Samsol Maarif Saibani, dalam kenyataan di sini.



Pihak bomba, yang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.25 tengah hari tadi, segera menghantar lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju ke lokasi kejadian.



Beliau berkata, wanita itu melecur kira-kira 60 peratus pada bahagian badannya dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.



Keadaan mangsa yang melecur teruk masih 'tidak stabil'.



Pemeriksaan akhbar The Star dengan Hospital Kuala Lumpur, di mana mangsa, Cik T. Sarishna, 23 tahun, kini sedang dirawat, mendedahkan bahawa dia masih belum keluar daripada keadaan bahaya.



Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai hospital tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut.



Cik Sarishna masih sedar ketika dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. - mStar Online, The Star Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >