Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Wanita mahu presiden, timbalan presiden Umno dikekal

Jan 14, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Sayap Wanita Umno meminta supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu akan datang.



Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata ia adalah bagi memberi kedua-dua pemimpin itu ruang dan sokongan untuk memulihkan dan memperkasa parti itu demi penakatan politik parti dan negara.



Sehubungan itu, ujar beliau, Umno harus bersatu hati menerima keputusan kepimpinan dalam merancang strategi kerjasama politik antara parti dan istiqamah dalam perjuangan, terutamanya dalam menghadapi enam pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.



"Kita faham kita masih lagi penat, lenguh kaki ini masih lagi terasa. Tapi pilihan raya di enam negeri sudah semakin hampir dan ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat.



"Walau apapun, kita tidak boleh sesekali alpa atau menyerah kalah. Kesiapsiagaan kita perlu sentiasa di tahap yang tertinggi. Kita harus bersatu hati menerima keputusan kepimpinan dalam merancang strategi kerjasama politik antara parti dan istiqamah dalam perjuangan.



"Melihat kepada apa yang sedang berlaku dalam parti ini dan situasi politik semasa, sudah tiba masanya untuk kita bersama-sama dengan kepimpinan yang ada, bangkit bersama memulihkan kekuatan parti dan keyakinan rakyat.



"Membawa Umno kembali ke landasan perjuangan yang hakiki," katanya dalam ucapan dasar perhimpunan agung Wanita Umno 2022.



Sama ada jawatan presiden dan timbalan presiden Umno perlu dipertandingkan atau sebaliknya menjadi pertikaian selepas parti itu kalah teruk pada pilihan raya umum Malaysia November lalu.



Beberapa pimpinan Umno sebelum ini menyuarakan pandangan berbeza menjelang pemilihan pemimpin parti itu. Setiausaha agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pemilihan parti itu perlu diadakan sebelum 19 Mei. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >