Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Malaysia lahirkan anak di restoran Marrybrown

Oct 04, 2016 | 11:15 AM



SUNGAI PETANI: Seorang bayi tidak sabar melihat dunia dan keluar beberapa minggu lebih awal - di sebuah restoran makanan segera di bandar di Kedah ini.



Cik Nur Haslina Abdul Halim, 29 tahun, serta suaminya, Encik Mohd Lufti Hussein, dan anak lelaki mereka yang berusia satu tahun sedang makan di restoran Marrybrown di Amanjaya Mall apabila beg air beliau pecah.



Mujur bagi beliau, pengurus Marrybrown di pusat beli-belah itu, Cik Shahrizal Daud, 43 tahun, ibu lapan anak, cepat bertindak.



Beliau menghubungi Hospital Sultan Abdul Halim yang berdekatan sementara kakitangan wanitanya mengepung Cik Nur Haslinah ketika kejadian pada kira-kira 10.40 malam pada Ahad (2 Okt) itu.



Seorang jururawat tidak bertugas yang sedang membeli-belah di situ datang membantu sebelum kakitangan perubatan dari hospital tiba.



Pada 11.10 malam, Cik Nur Haslinah melahirkan anak keduanya, seorang bayi perempuan seberat 2.59kg.



Encik Mohd Lufti, ketika ditemui di wad bersalin pada Isnin, berkata beliau lega kerana semuanya berjalan dengan lancar.



"Kami berada di pusat beli-belah itu untuk membeli beberapa barangan bayi dan singgah di Marrybrown untuk makan selepas berbelanja," katanya.



"Semasa makan, Nur Haslinah berkata dia berasa tidak selesa dan saya merancang menghantarnya ke hospital selepas makan, tetapi bayi perempuan saya tidak mahu tunggu. Saya bersyukur dengan bantuan semua orang."



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Marrybrown, Datuk Joshua Liew, 37 tahun, teruja apabila dimaklumkan sejurus selepas bayi itu dilahirkan.



"Memandang Mohd Lufti dari Johor, Marrybrown Johor akan menganjurkan sambutan besar-besaran untuk menyambut 'Bayi Marrybrown' apabila beliau kembali ke Johor untuk bertemu saudara-mara beliau," kata Datuk Liew, sambil menambah bahawa bayi itu juga akan menikmati majlis hari jadi percuma dengan rakan-rakannya dan saudara-mara di sembarang cawangan Marrybrown sehingga dia berusia 12 tahun.



"Ia satu rahmat bagi kami (Marrybrown) kerana ibu saya, Datin Nancy Liew, yang juga pengasas kami, dilahirkan pada 2 Oktober juga," katanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >