Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita maut dalam kejadian tembakan di bandar AS

Aug 01, 2016 | 05:30 AM



AUSTIN: Seorang wanita terbunuh manakala empat lagi orang cedera dalam satu kejadian tembakan di pusat bandar Austin, ibu kota Texas, di Amerika Syarikat, menurut laporan polis dan media awal pagi semalam waktu tempatan (petang waktu Singapura).



Menerusi laman Twitter mereka semalam, Polis Austin memuat naik kenyataan:



"Kejadian penembak aktif di pusat bandar, (terdapat) beberapa mangsa. Elakkan daripada ke pusat bandar."



Polis Austin kemudian telah memuat naik kenyataan bahawa terdapat kejadian tembakan yang berasingan di kawasan yang sama.



Menurut Khidmat Perubatan Kecemasan (EMS) wilayah Austin-Travis, seorang wanita yang berusia 30-an tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Dua wanita yang cedera dan seorang lelaki pula dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Brackenridge di Austin manakala seorang lagi lelaki yang cedera enggan mendapatkan rawatan di hospital.



Menerusi laman Twitter juga, EMS wilayah Austin-Travis menyatakan bahawa beberapa unit dikerah bagi memberi respons di kawasan 208 East 6th St.



Kejadian tembakan di Austin itu menyusuli beberapa kejadian berprofil tinggi lain yang melibatkan keganasan menggunakan senjata api di Amerika sejak beberapa minggu lalu.



Pada 12 Jun lalu, seorang individu yang bersimpati dengan kumpulan fahaman pelampau telah membunuh 49 orang di sebuah kelab malam gay di Orlando, Florida, dalam satu kejadian tembakan beramai-ramai yang merupakan paling teruk dalam sejarah moden Amerika.



Pada 7 Julai pula, seorang veteran tentera Amerika menembak dan membunuh lima pegawai polis di Dallas.



Sekitar smeinggu kemudian pula, seorang lelaki bersenjata api memnembak mati tiga pegawai polis di Baton Rouge, Louisiana.



Austin mempunyai lebih 900,000 penduduk. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >