Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita M'sia dihukum jel, denda kerana curi coklat di Masjid India

Dec 28, 2016 | 12:30 PM



KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 42 tahun dihukum penjara dua minggu dan denda RM200 ($65) kerana mencuri coklat.



Zariyah Salleh, seorang ibu empat anak, mengaku bersalah mencuri 10 keping coklat berharga RM49.40 di pasar raya Mydin di Jalan Masjid India pada Hari Krismas.



Dia dijatuhi hukuman pada Selasa (27 Dis).



Seorang pengawal keselamatan di pasar raya itu ternampak Zariyah berkelakuan mencurigakan, lapor agensi berita nasional Bernama.



Beliau kemudian memeriksa Zariyah dan menemui coklat itu, tanpa resit, dalam begnya.



Zariyah, seorang penjual kasut, dilaporkan merayu agar dikenakan hukuman ringan, dengan memberi alasan dia perlu bekerja untuk menyara anak-anaknya.



Dia boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda bagi kesalahan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >