Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Manusia paling tua di dunia sambut ulang tahun ke-117

Nov 30, 2016 | 10:20 AM



ROME: Manusia paling tua di dunia, Cik Emma Morano, dari Italy, menyambut ulang tahun ke-117 beliau pada Selasa (29 Nov) sebagai satu-satunya manusia hidup yang dilahirkan pada abad ke-19.



Dilahirkan pada 29 Nov 1899, beliau orang paling lama hidup di dunia dan rahsia panjang umurnya nampaknya terletak pada perkara biasa sahaja.



"Saya makan dua telur sehari, dan itu sahaja. Dan biskut. Tetapi saya tidak makan banyak sebab saya tidak ada gigi," katanya dalam satu temu bual bulan lepas dalam biliknya di Verbania, sebuah bandar di utara Italy di Tasik Maggiore.



Di atas almari laci berpermukaan marmar berdiri megah sijil Rekod Dunia Guinness yang mengisytiharkan beliau manusia hidup paling tua.



Beliau anak sulung dan kesemua tujuh adiknya telah meninggal dunia.



Cik Morano tahu hari jadi hari istimewa dan ramai orang ingin tahu mengenainya.



"Orang datang. Saya tidak menjemput sesiapa tetapi mereka datang. Dari Amerika Syarikat, Switzerland, Austria, Turin, Milan... Mereka datang dari mana-mana untuk tengok saya," katanya dengan senyuman geli hati.



Namun, Cik Morano hidup sendirian.



Setelah meninggalkan suami yang ganas pada 1938 selepas kematian anaknya semasa bayi, Cik Morano tinggal seorang diri, dan menyara hidup dengan bekerja di sebuah kilang guni.



Beliau suka kehidupan berdikari itu dan hanya mendapatkan penjaga sepenuh masa tahun lepas.



Beliau tidak meninggalkan apartmen kecil dua biliknya selama 20 tahun, dan terlantar di katil sepanjang tahun lepas.



Walaupun fikirannya cerdas, Cik Morano pekak, sukar bercakap dan tidak dapat melihat dengan jelas untuk menonton televisyen. Oleh itu, beliau menghabiskan masa dengan tidur atau makan cemil-cemilan.



Sebuah teater tempatan mengadakan persembahan muzik lebih tiga abad sebagai penghormatan buat Cik Morano. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >