Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita pekak dan bisu temui keluarga setelah 13 tahun terpisah

Oct 26, 2015 | 03:36 PM



KARACHI (Pakistan): Seorang budak perempuan warga India yang pekak dan bisu dan telah merayau-rayau di Pakistan selama 13 tahun telah kembali ke tanahair dan bakal disatukan dengan keluarganya hari ini.


Kisah Geeta, seorang wanita Hindu dalam usia 20an tahun, telah menarik perhatian orang ramai dari kedua-dua negara bersenjata nuklear itu yang masih menghadapi keadaan tegang.


Geeta pada ketika itu berjaya merentasi di sempadan kedua-dua negara yang begitu ketat dikawal tentera,


"Seorang anak perempuan pulang ke tanahair. Geeta tiba di New Delhi (ibu kota India) dengan diiringi anggota Yayasan Edhi," kata jurucakap kementerian ehwal luar India, Encik Vikas Swarup di talian khidmat sosial, Twitter, sambil merujuk kepada pertubuhan amal Pakistan yang menjaga wanita tersebut.


Geeta berusia 11 tahun apabila beliau merentasi sempadan India dan masuk ke Pakistan. Bagaimana sebenarnya beliau berbuat demikian tidak dapat dipastikan tetapi Geeta cedera akibat satu letupan dan menunjukkan cara bagaimana beliau menyelamatkan diri dan berlari sebelum ditangkap lelaki bersenjata.


Mulanya, beliau ditempatkan di sebuah rumah kanak-kanak di bandar Lahore, di mana dia diberikan nama sebagai seorang Muslim, Fatima.


Dia kemudiannya melukis peta India, terutamanya kawasan di selatan Negeri Jharkhand sehingga beliau berjaya menjelaskan dirinya berasal dari India, bukan Pakistan.


Awal hari ini, Geeta meninggalkan rumah kebajikan itu dan menuju ke lapangan terbang di Karachi, bagi menaiki pesawat ke New Delhi.


Memakai pakaian tradisional berwarna merah dengan kepalanya ditutupi selendang, beliau tersenyum dan melambai ke arah kamera televisyen , dan setelah itu mengenggam tanggannya seperti tradisi masyarakat India, sebelum menaiki van untuk ke lapangan terbang.


"Geeta tinggal bersama kami selama 13 tahun. Kali ini telah tiba masa untuk dia pulang ke rumah," kata Encik Faisal Edhi, anak pengagas Yayasan Edhi, yang menjaga Geetha.


Geeta kemudian dibawa menemui sebuah keluarga dari negeri Bihar di mana beliau menyatakan dia kenal gambar-gambar yang dihantar oleh Pesuruhjaya Tinggi India ke Pakistan.


Menurut Encik Edhi, siasatan akan dijalankan untuk menentukan keluarga itu benar-benar keluarganya.


"Jika DNA tidak sepadan, pihak berkuasa India akan terus mencari keluarganya," ujarnya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >