Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita penyerang ibu pejabat polis Jakarta datang dari keluarga bukan ekstremis

Apr 01, 2021 | 08:55 PM



JAKARTA: WANITA 25 tahun yang menyerang ibu pejabat polis di Jakarta pada Rabu (31 Mac) datang daripada keluarga yang tidak menunjukkan kecenderungan kepada fahaman ekstremis.



Pakar isu pengganasan mengesahkan dia merupakan seorang pelajar kolej tercicir dan anak bongsu dalam tiga beradik yang menjadi radikal secara sendiri. Bapanya pekerja kolar biru manakala ibunya mengendalikan projek masyarakat yang ditaja pemerintah. 



Wanita yang dikenal pasti sebagai Zakiah Aini ini aktif di media sosial dan terdedah pada bahan ekstremis di Internet, tambah kumpulan pakar itu.



Zakiah memasuki ruang ibu pejabat polis di Jakarta menerusi pintu belakang dengan memberitahu pengawal dia ingin mengunjungi pejabat pos di dalam perkarangan ibu pejabat polis itu. Dia berjalan dengan tenang ke arah pejabat pos itu sebelum menembak dengan pistol udara piston nitrogen.



Dia ditembak mati apabila pegawai polis membalas tembakannya itu. Media Indonesia menyatakan pistol udara itu mengeluarkan galas bebola. Tiada orang lain yang cedera dalam kejadian itu.



Zakiah memuatnaikkan bendera ISIS pada akaun Instagramnya beberapa jam sebelum serangan dibuat dan turut mengirimkan pesanan salam perpisahan dalam sembang WhatsApp keluarganya.



Di dalam nota buat keluarganya, dia memarahi kakaknya yang tidak memakai tudung dan mengagumi bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama. Encik Basuki yang terkenal dengan panggilan Ahok adalah ahli politik Cina-Kristian yang mengubah semula pentadbiran ibu kota itu dan menentang rasuah tetapi ditentang kumpulan Muslim dan pihak pembangkang. Encik Basuki dipenjara kerana kata-kata kufurnya dalam keputusan mahkamah yang kontroversial.



Zakiah juga menyarankan agar ibunya berhenti kerja kerana menyifatkan tugas itu sebagai mempromosikan pemerintah yang dilabel sebagai musuh kejam Islam. Zakiah juga memberitahu keluarganya agar menghentikan menggunakan kad kredit kerana menyifatkannya sebagai menentang undang-undang syariah Islam. Zakiah menyifatkan perbuatannya menyerang polis akan memberi satu hikmah buat keluarganya.



Pakar risikan dan pengganasan Stanislaus Riyanta berkata Zakiah adalah mangsa propaganda ISIS kerana kumpulan itu telah memanipulasikan Islam dan menggalak pengikutnya menyerang pemerintah di mana-mana. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >