Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEKILAS

Wanita rugi AS$770,000 gara-gara anak kucing

Feb 12, 2023 | 05:30 AM



HONG KONG: Seorang wanita warga Hong Kong yang mahu memelihara anak kucing kerugian lebih AS$770,000 ($1.02 juta) menerusi skim penipuan mata wang kripto.



Dalam satu kes yang berlaku baru-baru ini, polis berkata mangsa berusia 58 tahun itu menjadi mangsa penipuan selepas seorang kenalan dalam talian berjanji untuk menghadiahkan seekor anak kucing kepada beliau.



Wanita itu kemudiannya diberitahu bahawa anak kucing itu mati semasa proses penghantaran ke Hong Kong dari luar negara.



Mangsa juga dikatakan berhak mendapat pembayaran insurans.



Bagaimanapun, mangsa dimaklumkan perlu membayar kos pentadbiran untuk mengeluarkan dana insurans dan keadaan itu mendorongnya membuat 40 pembayaran kripto secara kolektif bernilai AS$773,000. - AFP.




Polis Turkey berkas kontraktor cuba lolos selepas bangunan runtuh



ISTANBUL: Polis Turkey menahan seorang kontraktor yang dipercayai cuba melarikan diri dari negara itu selepas bangunan yang dibina syarikatnya runtuh akibat gempa bumi kuat, lapor media tempatan.



Gegaran dengan magnitud 7.8 pada Isnin lalu memusnahkan sebahagian besar kawasan di tenggara Turkey dan Syria, menyaksikan hampir 24,000 orang terbunuh.



Tahap gempa yang direkodkan itu bukan sahaja meranapkan ratusan bangunan, malah mencetuskan kemarahan mangsa dan orang ramai di seluruh Turkey berhubung kualiti perumahan yang kurang baik.



Sebuah blok pangsapuri tinggi mewah, Ronesans Residence, tumbang di bandar Antakya dekat wilayah Hatay sehingga mencetuskan kemarahan warga media sosial.



Polis menahan kontraktor, Mehmet Yasar Coskun, di Lapangan Terbang Istanbul, yang mana ketika itu dia cuba melarikan diri ke Montenegro, lapor agensi berita Anadolu.



Yasar Coskun juga didakwa membawa bersama sejumlah wang yang tidak diketahui nilainya, namun agensi itu tidak memperincikan sebab lelaki itu ditahan pihak polis. - AFP.




Warga Brazil bedah jari cipta 'tangan syaitan'



SÃO PAULO: Seorang bapa dari Brazil yang dipercayai sebagai lelaki paling banyak mengubah suai rupa paras di dunia kini telah membelah tangannya pula melalui pembedahan baru-baru ini.



Lapor Mirror UK, Encik Marcelo B-boy De Souza Ribeiro menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mendapatkan lebih 1,500 lukisan tatu seluruh kulit termasuk alat kemaluannya dan telah menjalani pelbagai pembedahan mengubah wajah dan tubuh badannya.



Kini, artis berusia 40 tahun yang mempunyai lebih 75,000 pengikut di laman Instagram itu berkongsi langkah terbarunya untuk mengubah jarinya menjadi 'tangan syaitan'.



Encik Ribeiro berpendapat langkah berani itu adalah yang pertama di dunia bagi memenuhi impiannya untuk kelihatan berbeza dan mahu menjadikan tubuhnya sebagai pameran seni. - Agensi berita.




Anwar dedah perolehan vaksin tanpa persetujuan Peguam Negara



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata butiran berhubung perolehan vaksin Covid-19 dibuat tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC) adalah maklumat daripada Kementerian Kesihatan (KKM), lapor Utusan Online semalam.



Perdana Menteri Malaysia itu berkata butiran itu kemudian dibentangkan kepada Kabinet sebagai makluman dan menyerahkan perkara tersebut kepada badan siasatan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



"Itu serah pada badan penyiasat, SPRM dan lain-lain bukan urusan saya lagi. Yang saya beri itu hanya kenyataan disediakan oleh KKM dan Kabinet mengambil perhatian. Kemudian badan-badan siasatan harus siasat benar tidak dan sebagainya," katanya.



Beliau berkata demikian bagi mengulas penafian mantan Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, berhubung dakwaan perolehan vaksin Covid-19 dibuat tanpa persetujuan AGC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >