Topik diikuti
Pergi ke BHkuWanita Saudi bakar rumah marahkan suami kahwin lagi

May 20, 2016 | 5:30 AM
Wanita Saudi bakar rumah marahkan suami kahwin lagi
DUBAI: Seorang wanita Arab Saudi bertindak membakar rumah selepas mengetahui suaminya keluar negara kerana berbulan madu bersama isteri kedua, lapor media tempatan, semalam.
Akhbar Gulf melaporkan bahawa wanita yang sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai enam anak itu terkejut apabila menerima mesej daripada suaminya yang menyatakan bahawa beliau sudah beristeri lagi dan sedang berada di luar negara kerana berbulan madu.