Topik diikuti
Pergi ke BHkuWanita Saudi boleh guna pintu masuk restoran sama dengan lelaki
Wanita Saudi boleh guna pintu masuk restoran sama dengan lelaki
Wanita Saudi boleh guna pintu masuk restoran sama dengan lelaki
TIDAK PERLU DIASINGKAN LAGI: Sebelum ini, banyak restoran mempunyai pintu masuk yang berasingan bagi wanita serta tirai atau kamar bagi keluarga, dengan lelaki yang datang sendiri tidak dapat melihat wanita di restoran yang sama. - Foto AP -
Dec 10, 2019 | 5:30 AM
RIYADH: Wanita di Arab Saudi kini tidak perlu menggunakan pintu masuk yang berasingan daripada kaum lelaki di negara itu atau duduk di sebalik tirai di restoran.
Ini merupakan antara langkah terkini yang diumumkan kerajaan tempatan, yang pada dasarnya menghapuskan pengasingan jantina yang paling ketara di negara itu.