Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita Thai upah orang bunuh ibu demi dapatkan wang insuran

Aug 19, 2019 | 10:22 AM
UPAH ORANG BUNUH IBU: Kanchana telah mengupah dua orang lelaki untuk membunuh ibunya untuk mendapatkan wang insuran bagi membayar ikat jamin kekasihnya yang dalam penjara. -Foto Agensi/MyMetro.
UPAH ORANG BUNUH IBU: Kanchana telah mengupah dua orang lelaki untuk membunuh ibunya untuk mendapatkan wang insuran bagi membayar ikat jamin kekasihnya yang dalam penjara. -Foto Agensi/MyMetro. -

BANGKOK - DEMI cinta, seorang wanita di BuengKum, Thailand, cuba membunuh ibunya untuk mendapatkan wang insuran bagi membayar ikat jamin kekasih yang dipenjarakan atas kesalahan dadah.

Kanchana Srisung, 25 tahun, telah membayar 200,000 bhat (S$8966) kepada dua lelaki untuk menembak ibunya, Cik Ueamduean Srisung.

Mangsa, 55 tahun, itu ditembak ketika sedang mengayuh basikal pulang ke rumah pada 22 Jun lalu.

Cik Ueamduean hanya melaporkan kejadian itu kepada polis baru-baru ini, selepas lebih sebulan koma di hospital.

Menurut lelaman MyMetro, polis berjaya menahan dua suspek lelaki, Prachern Krabinrot, 40 tahun, dan Dao Chaengpradith, 35 tahun, kelmarin (17 Ogos).

Ketika disoal siasat, Kanchana mengakui berniat membunuh ibunya kerana memerlukan wang untuk membebaskan kekasihnya dari penjara.

Kanchana yang beranak dua itu mengetahui ibunya mempunyai tiga insurans hayat dan memiliki banyak tanah yang dikatakan bernilai lebih 10 juta bhat (S$448,300).

Nenek Kanchana, Cik Pom, mendedahkan bahawa cucunya itu pernah mencuba menembak ibunya pada Januari lalu, namun gagal.

Bagaimanapun, pada ketika itu, mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana menyangka anaknya sudah insaf.

Dalam satu kenyataan, polis berkata kes itu masih dalam siasatan kerana mempercayai Kanchana dipaksa kekasihnya untuk bunuh mangsa. - Agensi Berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg