Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga Filipina di China digesa hati-hati menjelang keputusan timbang tara

Jul 12, 2016 | 12:18 PM
Seorang penunjuk perasaan berucap semasa bantahan ke atas pertikaian Laut China Selatan di luar Konsulat China oleh aktivis kumpulan "Banyan" (Nasionalis) di Makati City, Metro Manila.
Seorang penunjuk perasaan berucap semasa bantahan ke atas pertikaian Laut China Selatan di luar Konsulat China oleh aktivis kumpulan "Banyan" (Nasionalis) di Makati City, Metro Manila. - REUTERS

BEIJING: Kedutaan Filipina di China memberi amaran kepada rakyatnya supaya berhati-hati terhadap "ancaman" peribadi dan mengelakkan perbahasan politik menjelang keputusan tribunal pada Selasa (12 Julai) berhubung pertikaian wilayah di Laut China Selatan.

Manila memfailkan kes dengan tribunal timbang tara antarabangsa di The Hague pada 2013, mencabar tuntutan China, yang menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, termasuk perairan menghampiri pantai Filipina dan negara Asia Tenggara lain.

China enggan mengambil bahagian dalam perbicaraan itu dan telah berkata ia akan mengabaikan keputusan tribunal tersebut.

Dalam e-mel kepada rakyat Filipina di China, kedutaan tersebut memberi amaran kepada mereka supaya "berhati-hati' kerana ketegangan menjelang keputusan timbang tara itu.

Mereka dinasihatkan supaya "mengelakkan pertemuan dan perbincangan awam mengenai isu politik" dan tidak digalak menyertai perbincangan atau perbahasan politik "terutamanya di rangkaian media sosial", menurut e-mel kedutaan itu.

Mereka juga digesa supaya membawa dokumen pengenalan diri "pada setiap masa" dan melaporkan sembarang ancaman yang diterima kepada kedutaan itu dan polis China.

Lebih 20 pegawai polis China diletak di luar Kedutaan Filipina pada pagi Selasa, dan lebih ramai lagi berada di dalam van berdekatan - kehadiran lebih besar daripada biasa - bersama dua lori sarat berisi adangan kawalan orang ramai.

Itu mungkin petunjuk bahawa pihak berkuasa menjangka bantahan diadakan di bangunan tersebut.

Bantahan nasionalis bukan sesuatu yang jarang berlaku di China, malah kadang-kadang ia mendapat sokongan tersirat pihak berkuasa. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg