Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Hong Kong rancang tunjuk perasaan jelang Krismas

Dec 24, 2019 | 02:44 PM



HONG KONG: Penunjuk perasaan antikerajaan Hong Kong merancang untuk mengadakan perhimpunan ‘silent night’ di pusat beli belah utama dan kawasan popular pelancong pada malam Krismas, walau polis memberi amaran akan bertindak.



Polis berkata mereka tidak akan menutup lalu lintas di wilayah Tsim Sha Tsui, berdekatan tebingan sungai di Pelabuhan Victoria yang menjadi tumpuan utama pelancong pada malam menjelang Krismas.



Tidak seperti tahun sebelumnya, kebanyakan jalan raya tidak akan ditutup dan jumlah anggota polis yang dikerah juga tidak besar, melainkan timbul sebarang masalah, kata polis.



“Seperti tahun sebelumnya, polis tidak akan mengerahkan jumlah anggota yang besar di sepanjang tebingan sungai (waterfront),” kata pesuruh jaya tinggi polis, Wong Chi-wai kepada wartawan.



Sementara itu, laman forum penunjuk perasaan menyebut, mereka merancang untuk berhimpun di beberapa pusat beli belah utama pada malam menjelang Krismas, manakala kumpulan lain pula akan berarak di Tsim Sha Tsui sambil menanti detik Krismas berhampiran tebingan sungai.- REUTERS 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >