Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Iraq keluar mengundi, dambakan reformasi

Oct 11, 2021 | 05:30 AM



BAGHDAD: Rakyat Iraq menuju ke kotak mengundi semalam untuk pilihan raya awal yang dianggap sebagai konsesi kepada tunjuk perasaan antikerajaan tetapi dijangka diboikot oleh ramai pengundi yang tidak mempercayai janji-janji rasmi reformasi.



Pengundian dibuka pada 7 pagi semalam hanya sedikit yang keluar mengundi pada awal pagi di pusat undi di sebuah sekolah di Baghdad tengah.



"Saya datang untuk memilih dan mengubah negara menjadi lebih baik, dan untuk menukar pemimpin sekarang yang tidak cekap," kata Encik Jimand Khalil, 37 tahun, yang merupakan antara yang pertama tiba di pusat mengundi.



"Mereka banyak berjanji tetapi tidak membawa apa-apa kepada kami."



Keselamatan dikawal ketat di ibu kota, dengan pengundi diperiksa dua kali di pintu masuk ke tempat mengundi.



Lapangan terbang juga ditutup sehingga subuh hari ini (Isnin) di seluruh Iraq, di mana walaupun pemerintah telah menyatakan kemenangannya terhadap ISIS pada akhir 2017, golongan pelampau itu terus mencari ruang untuk melakukan serangan.



Undian tetap terbuka sehingga jam 6 petang dengan keputusan awal dijangka dalam 24 jam selepas penutupan.



Puluhan pemerhati pilihan raya yang dikerahkan oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu diatur untuk memantau proses pengundian dan kiraan undi.



Perdana Menteri Mustafa al-Kadhemi keluar mengundi di Zon Hijau yang menjadi kebanggaan Baghdad.



"Ini adalah kesempatan untuk perubahan," katanya, mendesak rakyat Iraq untuk keluar mengundi.



"Keluarlah dan pilihlah, ubah realiti anda, untuk Iraq dan untuk masa depan anda," tambah Encik Kadhemi, yang masa depan politiknya tergantung dengan beberapa pemerhati meramalkan kemenangan bagi pesaingnya.



Tetapi penganalisis sudah meramalkan jumlah undian rendah untuk pemilihan ini, yang diadakan setahun lebih awal dalam konsesi yang jarang berlaku kepada gerakan tunjuk perasaan yang dipimpin oleh golongan belia.



Puluhan aktivis antikerajaan telah dibunuh, diculik atau diintimidasi selama beberapa tahun terakhir, dengan dakwaan bahawa kumpulan bersenjata pro-Iran, yang kebanyakannya diwakili di parlimen, merupakan dalang di sebalik keganasan tersebut.



"Warga Iraq harus memiliki keyakinan untuk memilih sesuka hati, di lingkungan yang bebas dari tekanan, intimidasi dan ancaman," kata misi PBB di Iraq menjelang pemilihan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >