Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Malaysia di luar negara bimbang sama ada undi pos mereka akan tiba tepat pada masanya

May 05, 2018 | 05:19 PM



PETALING JAYA: Hampir 4,000 warga Malaysia di luar negara yang layak untuk mengundi secara pos bimbang sama ada kertas undi mereka dapat tiba di stesen mengundi tepat pada masanya, dengan tempoh berkempen yang pendek.



Dalam tempoh 11 hari antara Hari Penamaan Calon dan Hari Mengundi, mereka perlu tunggu kertas undi itu dicetak, dihantar kepada mereka dan menghantarnya semula kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebelum Hari Mengundi pada 9 Mei.



Menurut Encik Adrian Chan, 27 tahun, kertas undinya masih belum tiba di rumahnya di Coventry, Britain.



“Saya semakin risau dan saya tidak pasti sama ada kertas undi saya boleh tiba di Malaysia tepat pada masanya (bagi 9 Mei),” kata pelajar itu.



Tambahnya, waktu yang diambil untuk menghantar surat dari Britain ke Malaysia biasanya mengambil masa antara lima dengan lapan hari, kecuali jika beliau menggunakan khidmat kiriman cepat yang boleh memakan belanja lebih £60 (S$108, RM320).



Bagi pelajar perubatan di Australia, Cik Susan Yee, pula, beliau telah dimaklumkan bahawa kertas undinya akan tiba Isnin ini (7 Mei).



“Saya akan mempunyai masa yang terhad untuk menghantarnya semula dan saya juga tidak tahu berapa lama ia akan mengambil untuk kertas undi saya itu tiba di Malaysia,” ujarnya.



Seorang lagi pelajar Malaysia yang kini sedang mengikuti pengajian di Jepun, Cik Lim Hui Ying, 33 tahun, berkata penghantaran kertas undinya tertangguh dek Minggu Emas (Golden Week) di sana yang merupakan cuti sepanjang seminggu.



“Tempoh berkempen sepatutnya lebih lama supaya (kertas undi) kami dapat tiba di tangan pegawai pilihan raya dalam rangka waktu yang ditetapkan,” katanya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >