Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga M'sia di luar negara terima lanjutan dua tahun tarikh habis tempoh pasport secara percuma

Jun 10, 2021 | 01:39 AM



SEMUA warga Malaysia di luar negara yang pasportnya akan habis tempoh tahun ini boleh memohon bagi lanjutan dua tahun secara percuma.



Langkah ini diambil selepas bertambahnya permintaan bagi memperbaharui pasport luar negara kerana pandemik Covid-19, kata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dalam satu kenyataan yang dimuatnaikkan ke Facebook pada Selasa (8 Jun).



Warga Malaysia perlu mengisi borang dan mengirimnya ke pejabat suruhanjaya tinggi atau kedutaan. E-mel akan dikirimkan kepada pemohon bagi mereka tampil mendapatkan 'cop' pada pasport. 



Suruhanjaya Tinggi Malaysia berkata, prosedur sekarang masih lagi diamalkan. Menurut kerajaan Malaysia menerusi laman MyGOV, pembaharuan pasport boleh dibuat dalam talian.



Namun, pejabat Suruhanjaya Tinggi berkata, terdapat waktu menunggu antara lapan dengan 12 minggu kerana banyaknya permohonan.



"Pandemik Covid-19 ini telah menyebabkan banyak negara mengenakan pelbagai ketetapan kembara dan sekatan yang membawa pada ramai warga Malaysia menunda rancangan kembara mereka.



"Penundaan yang berpanjangan telah menyebabkan ramai menetap di luar negara lebih lama lagi dengan sesetengah warga Malaysia mendapati perlu membaharui pasport mereka di luar negara kerana tarikh habis tempoh yang bakal mendatang.



"Ini membawa pada kenaikan mendadak pembaharuan pasport antarabangsa Malaysia di pejabat luar negara," tambah Suruhanjaya Tinggi itu di lampiran pos Facebook berkenaan.



Ia juga menambah bahagian imigresennya hanya boleh mengendalikan sejumlah permohonan pembaharuan manual pasport kerana ketetapan jarak selamat dan had mesin dan tenaga kerja.



Ia juga menambah bahagian imigresen ini beroperasi antara 8 pagi dengan 7 malam setiap hari sejak Julai 2020.



Mereka yang menerima lanjutan tarikh habis tempoh akan menerima chop pasport pada halaman pemerhatian atau halaman 48, tambahnya.



Laman Suruhanjaya Tinggi Malaysia itu menjelaskan yuran permohonan bagi pasport yang boleh digunakan selama lima tahun ialah RM200 ($64.30).



Yuran bagi kanak-kanak di bawah usia 13 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas ialah RM100.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >