Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga M'sia tidak sabar 'balik kampung' setelah rentas negeri dibenar

Oct 12, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan Malaysia membenarkan rakyatnya yang lengkap vaksinasi untuk merentas negeri, seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, disambut baik dengan orang ramai mula sibuk untuk 'balik kampung'.



"Tq PM (Terima kasih perdana menteri).....kami terasa nikmat 'Kemerdekaan' sebenar setelah mendengar pengumuman ini. Semoga Malaysia akan terus menang melawan wabak," tulis Cik Hairulniza Abd Rahman di laman Facebook perdana menteri itu kelmarin.



Berkuat kuasa semalam, rakyat yang lengkap menerima vaksinasi Covid-19 dibenarkan untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa memerlukan kebenaran polis, selepas kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus,



Akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) semalam melaporkan jumlah penumpang bas ekspres meningkat lebih 15 peratus susulan kebenaran tersebut.



Pengusaha bas ekspres Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata sebaik pengumuman itu, penduduk Kelantan yang tinggal di Lembah Klang, mula membeli tiket untuk pulang ke kampung.



Katanya, pihaknya menjangkakan pembelian tiket akan meningkat dalam beberapa hari lagi.



"Alhamdulillah, pengumuman kebenaran merentas negeri melegakan kami sebagai pengusaha bas kerana lebih setahun tidak dapat beroperasi seperti biasa dan menyebabkan pendapatan terjejas teruk.



"Perkara ini juga memberi peluang kepada pemandu bas yang sebelum ini terpaksa bergilir-gilir berikutan kurang perjalanan ke semua destinasi.



"Jika sebelum ini, hanya 20 pemandu sahaja yang bekerja pada satu-satu masa dan hari ini saya memanggil 100 daripada 200 pemandu untuk kembali bekerja. Walaupun bukan sepenuhnya lagi, namun saya bersyukur," katanya ketika dihubungi di sini semalam dan menambah, pemandu yang dipanggil bertugas juga sudah lengkap divaksin.



Aliran trafik keluar dari ibu negara ke arah utara, selatan dan timur Semenanjung terus meningkat, namun lalu lintas lancar dan terkawal.



Jurucakap PLUS Malaysia Bhd (PLUS) berkata peningkatan kenderaan di lebuh raya utama bermula jam 12 tengah malam semalam, namun setakat ini tiada kesesakan luar biasa.



"Kita hanya ada terima maklumat aliran trafik perlahan di Jambatan Pulau Pinang pagi ini kerana kerja penyelenggaraan jalan.



"Kenderaan dijangka bertambah di lebuh raya pada hujung minggu ini, namun perkara itu hanya akan dapat dipastikan bila tiba masanya nanti," katanya kepada BHM, semalam.



Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), ketika dihubungi pula berkata trafik perlahan di Lebuhraya Utara Selatan dari Pagoh menghala Yong Peng, Johor serta Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan, Pahang menghala ibu negara, pagi ini kerana kerja penyelenggaraan jalan.



"Secara keseluruhan, aliran trafik keluar dari Kuala Lumpur ke arah utara, selatan dan timur masih lancar serta terkawal," katanya.



Angka kes jangkitan Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan tiga hari berturut-turut dengan 6,709 kes dilaporkan semalam.



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif individu yang dijangkiti virus berkenaan kini mencecah 2,346,303 kes.



Jumlah kes baru Covid-19 ialah 7,373 kes kelmarin berbanding 8,743 kes pada Sabtu lepas.



Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, dalam pada itu mengingatkan orang ramai supaya memainkan peranan bagi memastikan tidak akan berlaku lagi kemuncak jangkitan kes Covid-19 di negara ini, selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan.



"Pakai mask (pelitup muka), pantau SOP (prosedur operasi standard) dan amalkan TRIIS (Test (Uji), Report (Lapor), Isolate (Asing diri), Inform (Maklum) dan Seek (Dapatkan)," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >