Warga SG di M'sia lakukan yang terbaik lalui PKP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga SG di M'sia lakukan yang terbaik lalui PKP

Jun 6, 2021 | 5:30 AM

Warga SG di M'sia lakukan yang terbaik lalui PKP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
LALUI PERINTAH SEKATAN: Encik Umar Munshi bersama anaknya Adeena Shifa terpaksa duduk di rumah di Kuala Lumpur sedang kerajaan Malaysia menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan demi mencegah wabak Covid-19 yang masih tinggi di negara itu. - Foto ihsan UMAR MUNSHI
LALUI PERINTAH SEKATAN: Encik Umar Munshi bersama anaknya Adeena Shifa terpaksa duduk di rumah di Kuala Lumpur sedang kerajaan Malaysia menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan demi mencegah wabak Covid-19 yang masih tinggi di negara itu. - Foto ihsan UMAR MUNSHI -

DENGAN jumlah kes Covid-19 semakin meningkat di Malaysia, penduduk termasuk warga Singapura yang menetap di sana terpaksa berdepan dengan sekatan pergerakan kawalan dalam kehidupan harian mereka.

Antara mereka adalah peniaga Encik Umar Munshi, 38 tahun, yang menetap di Damansara, Kuala Lumpur sejak empat tahun lalu.

Setiap kali beliau keluar rumah untuk mendapatkan keperluan dapur, beliau mengakui merasa tertekan dan berasa takut dijangkiti memandangkan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia masih tinggi.

Semalam, Malaysia melaporkan 7,452 kes jangkitan Covid-19 yang baru.

Dengan perintah kawalan pergerakan penuh yang dikuatkuasakan selama dua minggu hingga 14 Jun, Encik Umar memainkan peranannya untuk tidak keluar rumah jika tidak perlu.

"Jalan raya memang sunyi.

"Semua orang duduk di rumah sahaja. Mereka yang keluar pun hanya untuk mendapatkan keperluan yang penting sahaja," jelas pengasas wadah pendanaan awam Ethis Ventures itu.

Seorang lagi warga Singapura yang memastikan beliau mematuhi peraturan dan menjaga kebersihan ialah Cik Zaiton Pawiro @ Jenab Ismail, 61 tahun.

Malah, beliau sendiri akan menasihati jiran-jirannya jika mendapati mereka tidak mengamalkan langkah keselamatan seperti memakai pelitup.

Memandangkan Malaysia sudah menjalani beberapa pusingan kawalan pergerakan, Cik Zaiton akui ia agak meletihkan namun demi kebaikan semua, beliau faham bahawa langkah itu perlu dikuatkuasakan.

Jumlah keseluruhan jangkitan kes Covid-19 di Malaysia telah mencapai 610,574 kes, manakala jumlah kematian akibat virus itu pula telah melebihi 3,182 mangsa.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg