Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga SG temu adik di M'sia selepas terpisah 50 tahun

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



MARANG (Terengganu): Ahad lalu merupakan detik bersejarah buat seorang lelaki warga Singapura yang bertemu adik perempuannya selepas mereka terpisah lebih 50 tahun.



Pertemuan istimewa antara Encik Ling Kok Ong, 66 tahun, yang ditemani isterinya, Cik Josephine Ng, 62 tahun, dan Cik Hamsiah Mohamad, 58 tahun, berlaku di kedai makan yang diusahakan Hamsiah di Taman Tasek, Bukit Payong, di sini kira-kira 10 pagi, lapor akhbar Sinar Harian.



Menurut Cik Ng, usaha mencari iparnya itu dilakukan bagi mengeratkan semula hubungan antara mereka yang terpisah sejak Cik Hamsiah dilahirkan.



"Walaupun terpisah, kami semua sentiasa mengingati Hamsiah, lebih-lebih lagi ibunya. Ibu Hamsiah ada menyebut teringin sangat bertemu dia sebelum menutup mata. Sebab itulah saya dan suami datang dari Singapura ke Terengganu untuk menjejakinya," kata beliau ketika ditemui pemberita di sini pada Ahad lalu.



Pertemuan itu diaturkan Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun, Encik Wan Mohd Rosli Wan Ngah.



Difahamkan, Cik Hamsiah yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik diserahkan kepada pasangan suami isteri Melayu ketika dilahirkan untuk dijadikan anak angkat memandangkan pasangan itu belum dikurniakan anak ketika mereka tinggal di Bukit Besi, Dungun.



Mengimbau usaha menjejaki Cik Hamsiah, Cik Ng berkata beliau dan suami telah ke Bukit Besi dua minggu lalu namun hampa kerana diberitahu keluarga angkat Cik Hamsiah sudah berpindah dan bapa angkatnya pula sudah meninggal dunia.



Katanya, mujurlah mereka berdua bertemu Encik Wan Mohd Rosli yang turut meminta bantuan Ahli Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun untuk menjejaki keluarga itu kerana ada dalam kalangan ahlinya mengenali anak saudara Cik Hamsiah.



"Daripada perantaraan anak saudara Hamsiah, kami dibawa ke Bukit Payong, Kuala Terengganu untuk bertemu dia hari ini," katanya yang akan kembali semula untuk membawa bersama ibu mereka bertemu Cik Hamsiah.



Sementara itu, Encik Ling yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik berkata, beliau amat bersyukur dan gembira kerana akhirnya dapat bertemu dengan adiknya itu.



"Saya gembira dan bersyukur kerana dapat menunaikan permintaan ibu kami untuk menjejaki Cik Hamsiah di Malaysia.



"Sudah lama kami berharap untuk bertemu dia dan kali ini harapan itu menjadi kenyataan," kata beliau.



Berkongsi perasaan gembira, Cik Hamsiah berkata beliau tidak menyangka akhirnya dapat bertemu dengan adik-beradik kandungnya yang terpisah sejak kecil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >