Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga SG yang diburu polis ditahan di JB semasa mahu bercuti di M'sia

Jun 09, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Seorang warga Singapura yang sedang diburu polis, yang berkunjung ke Malaysia untuk bercuti bersama keluarga, telah ditahan selepas berada dalam senarai dikehendaki selama dua tahun berkaitan kehilangan $1 juta daripada seorang pengurup.



Tangkapan itu menyebabkan dua lagi individu warga Singapura yang dikehendaki, berusia 48 tahun dan 49 tahun, ditahan.



Ketiga-tiga mereka adalah anggota perniagaan dalam operasi urus niaga kereta dan mereka ditahan di Johor Bahru.



Semuanya bermula beberapa hari lalu apabila ahli perniagaan berusia 54 tahun itu menyerahkan pasportnya di kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, menyebabkan satu amaran segera dikeluarkan dan dia kemudian ditahan.



Pegawai imigresen menyerahkannya kepada polis, yang kemudiannya berjaya mengesan dan menangkap dua lagi warga Singapura berkaitan kehilangan wang itu daripada seorang pengurup di Johor Bahru pada 2 Mac 2020.



Polis kini mencari seorang warga Malaysia yang telah lapan tahun bekerja sebagai pekerja pengurup itu sehingga dia melarikan diri pagi itu.



Sumber berkata rakyat Malaysia itu ditugaskan membawa wang tunai itu ke bank pada hari tersebut.



Dia memandu kereta kalis peluru milik syarikatnya, sedang wang itu dibawa ke bank dengan van keselamatan. Bank itu masih belum dibuka apabila mereka tiba pada 8.45 pagi.



Warga Malaysia itu kemudian mengadu sakit dada dan meminta rakan sekerja dan pengawal keselamatannya kembali ke tempat kerja mereka untuk mengambil ubatnya, meninggalkannya bersama wang itu.



Apabila mereka kembali ke bank dengan membawa ubat, lelaki itu telah menghilangkan diri.



Dia dipercayai memandu kenderaan syarikat itu ke Danga Bay dan bertemu warga Singapura dan membahagikan wang itu sesama mereka.



Difahamkan, warga Malaysia itu mungkin melarikan diri ke Filipina bersama isterinya, seorang warga asing. Polis sedang bekerjasama dengan Interpol untuk mengesannya.



Bagi tiga warga Singapura itu, sumber berkata mereka telah dapat mengelak daripada tangkapan polis sejak dua tahun lalu kerana sekatan Covid-19.



Lelaki yang melawat Malaysia bagi percutian keluarga itu diikat jamin polis selepas keterangannya direkodkan.



Dia dikatakan mengalami penyakit serius. Difahamkan, dua lagi suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan.



Ini adalah siri tangkapan kedua membabitkan mereka yang menyasarkan pengurup di Malaysia.



Bulan lalu, polis menahan empat orang, termasuk seorang wanita, yang telah merompak seorang pengurup sebanyak $110,000 pada 29 April lalu.



Polis turut menemui hampir $42,000 hasil rompakan yang disimpan dalam tin biskut. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >