SPH Logo mobile
Langgan|

Warga Singapura ambil kesempatan belanja di Johor Bahru sebelum cuti cukai Malaysia tamat pada 31 Ogos

Warga Singapura ambil kesempatan belanja di Johor Bahru sebelum cuti cukai Malaysia tamat pada 31 Ogos

Aug 23, 2018 | 3:59 PM

Warga Singapura ambil kesempatan belanja di Johor Bahru sebelum cuti cukai Malaysia tamat pada 31 Ogos

DIBANJIRI ORANG RAMAI: Antara pusat beli-belah yang dibanjiri orang ramai termasuk Johor Baru City Square, Komtar JBCC, KSL City, Plaza Pelangi, AEON Bukit Indah and AEON Tebrau.
DIBANJIRI ORANG RAMAI: Antara pusat beli-belah yang dibanjiri orang ramai termasuk Johor Baru City Square, Komtar JBCC, KSL City, Plaza Pelangi, AEON Bukit Indah and AEON Tebrau. - Foto THE NEW PAPER

JOHOR BAHRU: Bukan warga Malaysia sahaja yang menikmati cuti cukai selama tiga bulan di negara itu.

Warga Singapura juga mengambil kesempatan kadar sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia untuk membeli-belah di Johor Bahru.

Sempena cuti umum Hari Raya Aidiladha semalam (22 Ogos), ramai warga Singapura dilaporkan telah ke seberang Tambak untuk berbelanja.

Antara pusat beli-belah yang dibanjiri orang ramai termasuk Johor Baru City Square, Komtar JBCC, KSL City, Plaza Pelangi, AEON Bukit Indah dan AEON Tebrau.

Seorang warga Singapura yang ditemui sedang membeli-belah di sana, Encik Teo Zhang Wei, 41 tahun, berkata mata wang ringgit yang lemah serta cuti cukai itu yang mendorong warga Singapura untuk berbelanja di sana.

Bagi Encik Abu Bakar Salim, 49 tahun, pula, beliau juga mengambil kesempatan membeli-belah sambil melawat saudara-maranya di Johor Bahru sempena Aidiladha. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg