Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga Singapura maut dalam kemalangan bas menuju Genting Highlands

Dec 7, 2018 | 5:40 PM
Penyelamat Malaysia cuba mengeluarkan pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan di Seremban hari ini.
Penyelamat Malaysia cuba mengeluarkan pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan di Seremban hari ini. - Utusan Online

SEREMBAN: Seorang wanita warga Singapura maut dalam kemalangan bas yang dalam perjalanan ke Genting Highlands, menurut laporan media Malaysia.

Cik Serina Mat Idris, 27 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak dari tingkat atas bas ekspres dua tingkat itu yang berlanggar dengan sebuah lori.

Menurut laporan Utusan Online, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Encik Norazam Khamis berkata bas ekspres itu dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Genting Highlands semasa kemalangan.

"Wanita itu disahkan maut di lokasi kejadian. Pemandu bas tersepit di tempat pemandu. Dua penumpang, seorang lelaki dan seorang wanita, cedera.

"Seramai 15 penumpang lain terselamat dalam kemalangan itu. Kelindan lori terlibat turut mengalami kecederaan," katanya hari ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg