Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Singapura temu adik di M’sia selepas terpisah 50 tahun

Sep 08, 2022 | 06:13 PM



MARANG (Terengganu): Ahad lalu merupakan detik bersejarah buat seorang lelaki warga Singapura yang bertemu adik perempuannya selepas mereka terpisah lebih 50 tahun.



Pertemuan istimewa antara Encik Ling Kok Ong, 66 tahun, yang ditemani isterinya, Cik Josephine Ng, 62 tahun, dan Cik Hamsiah Mohamad, 58 tahun, berlaku di kedai makan yang diusahakan Cik Hamsiah di Taman Tasek, Bukit Payong, di sini kira-kira 10 pagi, lapor akhbar Sinar Harian.



Menurut Cik Ng, usaha mencari iparnya itu dilakukan bagi mengeratkan semula hubungan antara mereka yang terpisah sejak Cik Hamsiah dilahirkan.



“Walaupun terpisah, kami semua sentiasa mengingati Hamsiah, lebih-lebih lagi ibunya.



Ibu Hamsiah ada menyebut teringin sangat bertemu dia sebelum menutup mata. Sebab itulah saya dan suami datang dari Singapura ke Terengganu untuk menjejakinya,” kata beliau ketika ditemui pemberita di sini pada Ahad lalu.



Pertemuan itu diaturkan Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun, Encik Wan Mohd Rosli Wan Ngah.



Difahamkan, Cik Hamsiah yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik diserahkan kepada pasangan suami isteri Melayu ketika dilahirkan untuk dijadikan anak angkat memandangkan pasangan itu belum dikurniakan anak ketika mereka tinggal di Bukit Besi, Dungun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >