Warga S'pura didenda kerana gagal tunjuk pasport di CIQ Johor, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Warga S'pura didenda kerana gagal tunjuk pasport di CIQ Johor

Jul 12, 2019 | 07:47 AM

PEKAN NENAS: Seorang warga Singapura didenda RM2,500 ($820) di sebuah mahkamah di Johor kerana tidak menunjukkan pasportnya ketika hendak keluar dari Malaysia.

Semasa mengemukakan rayuan, Muhammad Alfalah Mohd Yusof, seorang pengurus berusia 27 tahun, berkata:

“Maaf, saya tidak cukup rehat, terlalu penat dan terlupa untuk berhenti dan tunjukkan pasport saya.”

Dia merupakan antara empat warga Singapura yang didenda atau dipenjara bagi pelbagai kesalahan imigresen.

Alfalah didenda selepas mengaku bersalah terhadap kesalahan itu yang berlaku di kompleks Kastam, Immigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Abu Bakar di Linkedua pada 5.58 petang pada 25 Jun lalu.

Discover Malay Home Based Businesses

Kes lain melibatkan warga Singapura yang disebut di mahkamah termasuk Fajar Razali, 38 tahun, dan isterinya Nur Atiqka Ridzuan, 25 tahun, yang dipenjara kerana berada di Malaysia melebihi tempoh yang ditetapkan. Mereka tidak dapat membayar denda yang dikenakan.

Seorang ahli peniaga, Stanley Neo Cheow, 37 tahun, turut didenda RM10,000 bagi kesalahan berada di Malaysia melebihi tempoh yang ditetapkan. -THE STAR / ASIA NEWS NETWORK

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map