Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S'pura didenda kerana masuk M'sia secara terlarang untuk beli minyak

Jan 25, 2019 | 5:10 PM
Gambar fail kenderaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru.
Gambar fail kenderaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru. - Foto FAIL BERITA HARIAN

PEKAN NENAS: Seorang penunggang motosikal warga Singapura didenda kerana memasuki Malaysia secara terlarang untuk membeli minyak petrol dan ubat.

Muhammad Rizzal Leman, 27 tahun, didenda RM5,500 ($1,805) sebagai ganti hukuman penjara lima bulan selepas dia mengaku bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Zahilah Mohammad Yusoff.

Dia menghadapi dua tuduhan, iaitu memasuki Malaysia tanpa pas sah dan tidak memberi pasportnya kepada pegawai Imigresen apabila keluar dari negara itu.

Rizzal melakukan kesalahan itu di lorong keluar motosikal di Bangunan Kastam, Imigresen dan Karantina Bangunan (CIQ) pada 8 Januari lalu. - The Star

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg