Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S’pura minta dibicara atas kes pukul, cederakan pelajar tahfiz Melaka

May 31, 2023 | 2:40 PM
MENGAKU TIDAK BERSALAH: Muhammad Farhan Abdul Rashif membuat pengakuan tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan hakim Sesyen.
MENGAKU TIDAK BERSALAH: Muhammad Farhan Abdul Rashif membuat pengakuan tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan hakim Sesyen. - Foto hiasan

MELAKA: Seorang warden warga Singapura di sebuah pusat tahfiz di Melaka meminta dibicarakan di dua Mahkamah Sesyen berlainan bagi lima tuduhan memukul empat pelajar hingga mencederakan mereka.

Muhammad Farhan Abdul Rashif, 35 tahun, membuat pengakuan tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Hakim Mohd Sabri Ismail pada Selasa.

Di bawah dua tuduhan pertama di mahkamah pertama, dia didakwa mendedahkan dua pelajar dalam jagaannya kepada bahaya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.

Mangsa didakwa dipukul di pipi, ditendang di perut dan dipijak di dada, menyebabkan seorang cedera di kaki kanan, di kuarters guru pusat tahfiz di Melaka Tengah itu pada 7 dan 8 Mei.

Dua tuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 ($14,600), penjara hingga 20 tahun, atau dikenakan kedua-dua hukuman.

Farhan menghadapi tiga tuduhan di bawah seksyen sama di mahkamah kedua bagi kesalahan menyerang dua pelajar berusia 15 tahun dengan menampar dan memijak mereka serta memukul mereka dengan rotan.

Tiga kesalahan itu didakwa dilakukan di surau dan gelanggang sukan pusat tahfiz itu pada pertengahan Februari dan 10 Mei.

Tiada ikat jamin diberi oleh kedua-dua mahkamah. Farhan akan kembali ke mahkamah pada 26 Jun. – The Star.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg