Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga tolak vaksinasi wajib Covid-19 ganggu kempen pilihan raya PM Canada

Sep 16, 2021 | 05:30 AM



RICHMOND (British Columbia): Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, kelmarin mempertahan keputusannya memarahi seorang penunjuk perasaan yang menghina isterinya, Cik Sophie Gregoire, sedang ketegangan pilihan raya semakin dirasakan pada hari-hari terakhir berkempen.



Encik Trudeau, yang diganggu berkali-kali oleh orang yang membantah kewajipan vaksinasi Covid-19 dan pada satu ketika dilempar batu kelikir, bertindak kasar Isnin lalu semasa membuat persiapan bagi satu wawancara di kawasan terbuka menjelang pengundian pada 20 September.



Apabila seorang lelaki melaungkan kata-kata lucah dan kasar tentang Cik Gregoire, Encik Trudeau membalas dan berkata: "Apakah ada sebuah hospital yang harus anda pergi sekarang, yang perlu diganggu sekarang?"



Pengkritik berkata komen itu tidak peka, memandangkan penunjuk perasaan berkumpul lebih awal di luar hospital Isnin lalu bagi menyuarakan bantahan ke atas mandat Covid-19 dan keperluan peringkat wilayah bagi bukti vaksinasi.



"Saya punya kulit agak tebal, dan saya berupaya menerima pelbagai penganiayaan berbeza," kata Encik Trudeau kepada wartawan tentang kejadian itu.



"Tetapi dia menyasarkan keluarga saya. Di menyuarakan kebencian, perkara tentang membenci wanita, tentang isteri saya... setiap orang ada batas (kesabaran)."



Encik Trudeau memutuskan mengadakan pilihan raya umum dua tahun lebih awal dari yang dijadualkan, sebagai satu pungutan suara ke atas pemerintah Liberal beliau dalam menangani pandemik Covid-19, tetapi sejauh ini terkapai-kapai untuk mengatasi rasa tidak senang pengundi yang menolak langkah itu.



Dengan enam hari untuk mengundi, nada kempen telah berubah menjadi negatif dan berbentuk serangan.



Encik Trudeau Isnin lalu menuduh pesaing utamanya, ketua Parti Konservatif, Encik Erin O'Toole, menarik sokongan golongan penolak vaksinasi.



Encik O'Toole pula menggambarkan Encik Trudeu sebagai seorang yang gemar berpesta yang dilumuri skandal tetapi mengekalkan kuasa.



Laporan media utama Canada, CTV News, kelmarin mendapati parti-parti federal yang mendahului dalam kedudukan agak seimbang dengan tinjauan terbaharu yang menunjukkan Parti Liberal Canada mendahului Parti Konservatif dengan kelebihan tipis lebih 1 peratus, menurut angkujuk Nik Nanos.



Menurut perangkaan penjejakan semalaman yang dilakukan bagi syarikat media CTV News dan Globe and Mail, Parti Liberal meraih 32.3 peratus sokongan warga Canada yang ditinjau, diikuti Konservatif dengan 31.2 peratus.



Data undi terbaru, yang dibentangkan kelmarin, juga menunjukkan Parti New Democrat (NDP) meraih 18.9 peratus.



Parti Rakyat Canada (PPC) mendahului parti-parti lebihan lain dengan 6.7 peratus sokongan, diikuti Bloc Quebecois (6.4 peratus) dan Parti Hijau (3.8 peratus).



Dari segi sokongan buat pemimpin parti, Encik Trudeau mengekalkan kedudukan sebagai pilihan utama rakyat Canada untuk jawatan perdana menteri, dengan 30.8 peratus sokongan, diikuti Encik O'Toole dengan 29.5 peratus.



Encik Jagmeet Singh, yang merupakan ketua NDP mengekori mereka dengan 17.5 peratus sokongan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >