Topik diikuti
Pergi ke BHkuWartawan hiburan popular Malaysia, Juwie, meninggal dunia
Premium
Wartawan hiburan popular Malaysia, Juwie, meninggal dunia
Wartawan hiburan popular Malaysia, Juwie, meninggal dunia
JUWIE: Meninggal dunia akibat hadapi pelbagai komplikasi pelbagai penyakit, termasuk kanser prostat. - Foto KOSMO.COM.MY -
Apr 5, 2015 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Kolumnis hiburan Berita Harian Malaysia (BHM), Juwie, 62 tahun, meninggal dunia kira-kira 10.30 malam kelmarin di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit, termasuk kanser prostat.
Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh, terdahulu dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan HUKM pada pertengahan Mac lalu dan menjalani rawatan penyakit berkenaan sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila kesihatannya tidak stabil, lapor laman web BHM.
