Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WEF tetap harap anjurkan mesyuarat Davos di S'pura

Apr 3, 2021 | 5:58 PM
Mesyuarat WEF di Singapura pada Ogos nanti, dijangka disertai kira-kira 1,000 peserta.
Mesyuarat WEF di Singapura pada Ogos nanti, dijangka disertai kira-kira 1,000 peserta. - ST FILE

Forum Ekonomi Sedunia (WEF) tetap akan meneruskan rancangannya menganjurkan mesyuarat 2021 di Singapura, menurut akhbar Schweiz am Wochenende yang ditukil agensi berita.

"Kami tentunya tetap berharap untuk menganjurkannya (mesyuarat) pada 17 Ogos hingga 20 Ogos," kata pengarah urusan WEF, Encik Alois Zwinggi.

Tambah beliau, akan terdapat sekitar 1,000 peserta.

Mesyuarat itu yang lazimnya diadakan di pusat peranginan Davos di Switzerland pada setiap Januari, telah ditunda dan dipindahkan ekoran pandemik Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg