Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WHO akan putuskan sama ada penularan cacar monyet satu kecemasan kesihatan global

Jun 24, 2022 | 06:30 PM



GENEVA: Sebuah jawatankuasa pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertemu pada Khamis (23 Jun) untuk memutuskan sama ada penularan cacar monyet merupakan satu kecemasan kesihatan global.



Keputusan mesyuarat tertutup itu akan dikeluarkan paling awal pada Jumaat, kata WHO.



Lonjakan dalam kes cacar monyet telah dikesan sejak Mei di luar negara Afrika Tengah dan Barat di mana penyakit itu telah lama menjadi endemik. Kebanyakan kes baru dikesan di Eropah Barat.



Lebih 3,200 kes yang disahkan dan satu kematian telah dilaporkan kepada WHO daripada 48 negara secara keseluruhan tahun ini, ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, memberitahu mesyuarat itu.



Dr Tedros mengumumkan pada 14 Jun bahawa beliau akan membentuk sebuah jawatankuasa kecemasan untuk menilai sama ada wabak itu merupakan Keprihatinan Antarabangsa bagi Kecemasan Kesihatan Awam (PHEIC) - tahap kewaspadaan tertinggi yang boleh dikeluarkan oleh agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



Selain memberikan penilaian PHEIC, ahli jawatankuasa itu bersedia untuk memberi nasihat kepada WHO dan negara anggotanya tentang cara lebih baik untuk mencegah penularan penyakit itu dan menguruskan tindak balas mereka.



Dr Tedros memberitahu mesyuarat itu pada Khamis bahawa semua negara perlu memperkukuh kapasiti mereka untuk mencegah penularan seterusnya cacar monyet, menggunakan pengawasan, penjejakan kontak dan mengasingkan pesakit yang dijangkiti.



"Penularan di negara yang baru terjejas terus berlaku terutamanya dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, dan yang telah melaporkan hubungan seks baru-baru ini dengan pasangan baru atau berbilang pasangan," katanya, menerusi pautan video dari sidang puncak Komanwel di ibu negara Rwanda, Kigali.



"Penyebaran dari orang ke orang sedang berterusan dan mungkin dipandang remeh," tambahnya.



Beliau berkata selain 3,200 lebih kes yang disahkan itu, hampir 1,500 kes yang disyaki cacar monyet dan sekitar 70 kematian yang disyaki telah dilaporkan di Afrika tengah tahun ini.



Jawatankuasa kecemasan itu akan memberi Dr Tedros saranan PHEIC, dan penilaian risiko kepada kesihatan manusia, risiko penyebaran antarabangsa dan risiko gangguan trafik antarabangsa.



Dr Tedros kemudiannya akan membuat penentuan muktamad sama ada PHEIC perlu diisytiharkan, berdasarkan nasihat mereka. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >