WHO anggap cacar monyet sebagai 'risiko sederhana'

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WHO anggap cacar monyet sebagai 'risiko sederhana'

May 31, 2022 | 5:30 AM

WHO anggap cacar monyet sebagai 'risiko sederhana'

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
-

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin menganggap cacar monyet sebagai 'risiko sederhana' kepada keseluruhan kesihatan awam di tahap sejagat, selepas kes-kes dilaporkan di negara di mana penyakit tersebut tidak biasa dikesan.

"Risiko kesihatan awam boleh menjadi tinggi sekiranya virus tersebut mengambil peluang untuk menjadi sebahagian daripada patogen manusia dan merebak kepada kumpulan-kumpulan yang berisiko tinggi menghidap penyakit teruk seperti kanak-kanak dan golongan imunosupresi atau kurang fungsi sistem imun.

Sehingga 26 Mei lalu, sejumlah 257 kes yang disahkan dan 120 kes yang disyaki telah dilaporkan di 23 negara anggota yang bukan endemik dengan viirus tersebut, kata agensi kesihatan itu dalam satu kenyataannya.

Masih tidak terdapat sebarang kematian sejauh ini.

WHO berkata kemunculan cacar monyet secara tiba-tiba di beberapa negara bukan endemik bermakna transmisi yang tidak dikesan buat satu tempoh dan acara-acara yang membolehkannya merebak.

Agensi tersebut menambah ia menjangkakan lebih banyak kes akan dilaporkan sedang pemantauan di negara-negara endemik dan bukan endemik bertambah.

Kebanyakan kes dilaporkan dikesan di United Kingdom (UK), Sepanyol dan Portugal.

"Kebanyakan kes yang dilaporkan sejauh ini tiada kaitan dengan perjalanan ke kawasan endemik dan telah dikesan menerusi jagaan utama atau perkhidmatan kesihatan seksual," kata agensi itu lagi.

Sebelum ini, Kesatuan Eropah (EU) berusaha untuk memusatkan pembelian vaksin dan rawatan bagi cacar monyet dengan butiran dijangka dipersetujui dalam "beberapa hari mendatang", kata Suruhanjaya Eropah (EC).

Tindakan itu, diambil melalui Penguasa Kesediaan dan Kecemasan Kesihatan (Hera) suruhanjaya itu, dibuat sedang agensi penyakit EU menyatakan jumlah kes cacar monyet yang dijangkiti manusia di seluruh dunia dalam penularan terkini telah mencecah 219.

Bekas anggota EU, Britain, mempunyai jumlah kes tertinggi iaitu 71, diikuti negara anggota EU - Sepanyol (59 kes) dan Portugal (37 kes).

Jurucakap suruhanjaya itu bagi isu kesihatan, Encik Stefan De Keersmaecker, memberitahu agensi berita AFP bahawa "Hera sememangnya bekerjasama dengan negara anggota dan dengan pengeluar untuk mendapatkan vaksin dan terapeutik bagi cacar monyet".

Sebanyak 27 negara EU telah bersetuju bahawa Hera akan mendapatkan vaksin bagi pihak mereka "secepat mungkin" katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg